Saturday, March 16, 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah pada bulan mac ini aku di berikan khabar yang gembira akhirnya aku telah diterima untuk bekerja..
Terima kaseh Ya Allah,
Kerana Engkau telah memakbulkan doa-doaku..
Alhamdulillah..
Aku akan memulakan tugasku di kpj klang specialist hospital..
Buat masa skrg ni aku hanya menunggu surat tawaran untuk memulakan tugasku sebagai seorang jururawat :)
Akhirnya selama hampir 9 bulan aku menunggu dan terus menunggu akhirnya ia membuahkan hasilnya..
Setelah aku hampir berputus asa atas semua yang jadi ke atasku..
Kerana aku hampir berputus asa untuk mendapat kerja tetapi Allah telah memberikan ku peluang kedua..
Untuk bekerja dan bekerja untuk masa depanku..
Alhamdulillah..

Monday, January 28, 2013

aku yang kena dgr tuh..
aku yang jadi pendgar yang setia tok mama
tapi apa yang mampu aku berikan.,.
Assalamualaikum..
Hari ni aku bertekak lagi dgn mama,
Sume nya gara2 aku ckp yg mama wat fitnah dekat syera sbb tdi syera suh aku g antar dea g ktm nilai dgn eryn tapi aku malas pastu syera suh baby yg antarkan kat umah eryn..
Tadi tiba2 tiba mama kata yg syera mesti g jumpe danial n kata yg baby bersubahat sbb kononya berkomplot dgn syera tok wat maksiat..
ape kejadahnya nya tuh!!
Pastu aku ckp la yg mama da buat fitnah ni sbb mana  mama tahu yg syera tuh nak g jumpe danial tapi mama pertahankan kononnya tuh yg tuh mama kata andainya je..
bukan kah suatu andainya tuh pon ssatu fitnah..??
Pastu mama lak nak bertekak dgn aku..
Aku pon apa lg ckplah yg andaian tuh kan satu fitnah gak,
tapi beselah mama tak kan nye penah nak mengaku kalah still gak nak pertahankan benda uh..
hurmm,, tak faham la aku..
Asal apa yg aku ckp je sume nya kalo aku buat andaian camni mesti kata aku wat fitnah..
Tapi ble mama yg kata leh lak kata tuh bukan fitnah..
HUrmm, betul2 wat aku tak faham..
Aku malas da nak brtekak dgn mama uh..
Kang nangis lagi lak mama..
Aku jelah yg beralah..
tapi masalahnya aku pon nak gak pertahankan apa yg aku nak ckp..
Tapi... tuh laaa..
ermm, 
Sekarang ni aku betul2 tak faham dgn mama..
mama asyik nak menang je terutama dgn aku..
Aku da banyak berkorban tok mama..
tapi mama tak penah pon nak sedar..
Mungkin selepas aku da takde baru mama akan sedar kot..
Takpelah..
Biarlah hanya Allah je yang tahu ..
Apa yang ada kat dlm hati aku ni..
Biarkanlah ..
Tapi berdosakah aku..?
Memang berdosa aku kerana aku melawan ckp ibu aku sendiri,
ibu yang mengandung aku selama 9 bulan 10 hari..
Tapi aku pon ada gak pandangan serta hati dan perasaan yang aku perlu luahkan serta keluarkan..
Tapi satu pon mama tak penah nak amek kesah..
Yang betul hanyalah kata2 mama je..
Kata2 anak2 mama takpenah pon nak di amek kiranya..
Hanya mama jelah yang betul..
Pandangan anak2 ni langsung tak penting dan tak penah nak dgr..
Aku da penat sgt2 dgn sume ni..
Ya Allah kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi sume dugaan mu ni..
Aku tahu mungkin aku ni bukanlah anak yang baik, anak yang taat..
Tapi aku selama ni da cuba yang terbaik untuk membahagian kedua org tua aku..
tapi aku tahu sume ni tak ckup lg..
Tapi aku mmg sentiasa cuba yang terbaik..
Dan mungkin pada pandangan mata kasar mama yg aku ni hanyalah menyusahkan..
tapi pada hakikatnya aku mmg amat menyanyangi mama ..
aku tak penah nak menyusahkan mama..
tapi dgn keadaan aku yang seperti skrg ni mmg aku terpaksa menyusahkan mama serta babah,
aku tak mampu tok bagi mama sume yang mama hendak kan..
aku tak mampu untuk beri mama duit..
aku tak mampu beri tuh sume..
yang aku hanya mampu..
aku ni hanyalah menyusahkan mama..
aku pon tak nak sume ni sebenrnya..
aku pon nak gak keje cam dak2 len..
aku pon nak gak pegang duit sendri..
nak gak belanja cam dak2 len..
tapi mungkin rezeki aku belum ada lagi tok sume tu..
belum ada rezeki aku tok bagi mama rasa duit yang aku usahakan lagi..
aku tahu apa yang ada dalam pikiran mama..
aku tahu..
mama nak kan duit daripada aku..
aku tahu tuh..
tapi adakah mama tahu yang aku pon nak sume tuh..
aku tertekan  sgt2 ble dok mah ni..
dgn sume masalah ni..
aku yang kena dgr sume bebelan mama..
aku yang kena dgr sume keluhan mama pasal babah..
yang mampu aku berikan lah senyuman..
aku tak mampu berikan wang ringgit..


Friday, December 21, 2012

Hari ini aku menangis lagi..
Hati aku menjadi sebak kerana disebabkan  benda yang tak sepatutnya jadi..
Da banyak kali da aku cuba untuk bersabar dengan nya..
Da banyak kali aku cuba untuk bertahan..
Da banyak kali aku menahan hati aku ni dari menitiskan air mata aku ni..
Tapi sebanyak itu jugaklah sebenarnya ada orang yang tidak  jugak memahami apa yang aku rasa ..
apa yang aku pendam dalam hati aku ni..
Aku bukanlah jenis orang yang suka menunjuk-nunjuk apa yang aku buat kerja..
Yang aku tak faham kenapalah mama masih tak memahami hati dan perasaan aku ni..
kenapalah mama asyik nak menyalahkan aku..
kenapalah mama asyik nak cari kesalahan aku..
padahal aku da banyak berkorban untuk kebahagiaan mama dan babah..
aku sanggup memujuk babah untuk berubah demi mama..
tapi semua tu mama tak penah namapak..
mama tak penah nampak apa yang aku buat semua tuh..
asyik aku je yang kena mengalah..
niat aku bukan nak melawan mama..
tapi aku cuma mempertahankan apa yang aku nak ckpkan..
aku hanya pertahankan apa yang sepatutnya aku cakapkan..
tapi sume tuh da disalah ertikan oleh mama..
Sejak dari zaman sekolah lagi aku asyik kena mengalah je..
asyik aku je yang kena..
asyik aku je yang kena bersabar..
sampaikan aku menitiskan air mata aku..
sampaikan aku terpaksa menahan perasaan sebak aku ni seorang diri..
tanpa ada yang memahaminya..
mungkin pada luaran diri aku,aku nampak seperti happy je kan dgn family aku..
tetapi hakikatnya aku kena banyak bersabar dan da terlalu banyak sudah aku menitiskan air mata aku ini demi mama..
Apabila aku da terlalu menahan sebak dalam diri aku ni aku akan secara spontan nya aku akan mengalirkan air mata ku ini..
Aku tak penah nak berkira dengan mama..
aku cuba sedaya upayan untuk membahagiakan mama dan babah..
tapi mama yang tak penah nak memahami aku..
sekarang mama da lain..
mama yang sekarang lebih banyak bercakap..
lebih banyak tergesa-gesa..
lebih banyak sibukkan diri dalam hal-hal yang tak berkaitan..
mama yang sekarang ni pada pandangan mata lebih banyak suka menunjuk-nunjukkan kebaikkan kat orang lain..
walaupon benda tuh semua org tahu akan nya..
aku pon kadang-kadang tak faham langsung dgn sikap mama skrg..
mama skrg ni lebih suka menceritakan hal dalam rumah kat org lain..
Hal aku yang kena repeat exam pon mamam ceritakan kat orang luar..
tuh yang aku tak faham mama yang skrg ni lebih menceritakan cerita dalam rumah apa yang berlaku dea ceritakan kat orang luar..
ermm..tah la..
aku pon tak tahulah sebab apa..
aku da penat da dengan semua ni..
ble benda ni jadi lagi kat aku..
aku rasakan lebih baik aku keluar dari rumah daripada duduk kat rumah ni..
ble aku ade kat rumah mama asyik da membebel je..
ada je yang tak kena..
ble la aku nak start keje ni..
mungkin selepas aku dapat kerja mungkin mama akan mula rasa rindu kat aku..
aku harap camtuh lah keadaan nya..
sebab da banyak da aku cuba untuk bersabar da bersabar..
[Maapkan akak mama,akak takde sapa2 untuk akak luahkan apa yang akak rasa selain daripada blog akak ni]
[Maapkan akak sebab tulis kesah mama]
[Akak mintak maap sangat-sangat]
[Dalam blog ni je lah akak dapat luahkan sume apa yang akak rasa sepanjang berada disampaing mama]


Thursday, December 20, 2012

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi akhirnya aku berjaya jugak menamatkan pengajian aku dalam bidang kejururawatan di [KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY COLLEGE] [Nilai Branch]
Akhirnya aku berjaya buat mama dan babah tersenyum riang atas kejayaan aku meperolehi 
[DIPLOMA IN NURSING]


 [Diploma in nursing][PICC]





[I'm Done wif My Diploma in Nursing]

Wednesday, December 19, 2012

Assalamualaikum.. 
Hai rasanya da lama sangat da ni tak update my blog ni.. huhu :)
Da nak penghujung tahun 2012 da ni baru nak update blog..
Cerita yang aku nak mulakan ni adalah  kesah aku selama 3 tahun ni sepanjang aku study Diploma In Nursing ..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya selepas 3 tahun aku study Tarikh 17/12/2012 adalah hari yang amat bermakna dalam hidup aku kerana akhirnya aku dapat merasai hari konvokesyen.. Konvokesyen yang meraikan kejayaan aku serta rakan-rakan aku ...  akhirnya aku berjaya mengenggam segulung Diploma In Nursing.. 
Kejayaaan aku ni aku hadiahkan kepada kedua Ibu Ayah aku..
Terima Kaseh mama dan babah kerana selama akaka belajar babah dan mama banyak bagi sokongan serta kata-kata semangat saat ketika akak hadapi masalah dalam pembelajaran..saat akak rasa down sangat-sangat bila akak asyik kena resit je paper.. Tima Kaseh mama dan babah sebab sentiasa beri akak kata-kata semangat serta beri akak kata-kata dorongan untuk akak teruskan hidup ini..
Kejayaan akak ni khas buat mama dan babah :) dan Insyaallah jika akak ade lagi rezeki untuk melanjutkan lagi pelajaran akak ni ke arah yang lebih tinggi akak akan teruskan :) Insyaallah...
[Akak sayang mama dan babah  ]
This it all for u mum dad ...
[This it all for u mum and dad]
#Mama and Babah# DIPLOMA IN NURSING#


[Mama dan Babah ]
#Mr.Hazizi and Mdm.Khairiah#

[My Family but my brother did come coz his attend the class ] 

[I love both u so much ...]
#Mr.Hazizi abdullah and Mdm. Khairiah muhammad#





[Alhamdulillah I get my Diploma In Nursing]
# Dedicated To my Parents #
[Mama Babah]


[Diploma In Nursing after 3 Years In Kpj HealthCare University College]
#From 2009 Until 2012#

[Diploma In Nursing Wif The Flower gift from my Love ]
# Thanks for the comes for my Convocation Ceremony#
# On 17/12/2012# [PICC]

Wednesday, June 22, 2011

Kepada insan yang aku sayangi,

Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau.

Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.

Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)

Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.

Sayangku, si manis.

Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.

Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.

Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.

Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)

Wahai sayang,

Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;

"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.

Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.

Dari,
Insan yang menyayangi dirimu..

Darjat seorang wanita disisi Islam adalah sangat tinggi dan mulia. Wanita adalah golongan yang perlu dihormati, dijaga maruahnya, disayangi dan dikasihi . Seorang ibu yang telah berkorban seluruh jiwa dan raganya untuk melahirkan dan membesarkan anaknya adalah merupakan seorang wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Allah S..W.T akan mengurniakan pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda untuk para wanita yang sanggup berkorban di jalan Allah.

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih mulia darjatnya daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Manusia yang takutkan Allah S.W.T pula akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan hati anak perempuannya pahalanya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w)

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga .

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

8. Syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ayah dan ibumu memanggilmu serentak , Rasulullah s.a.w telah mengajar kita untuk menjawab panggilan ibu terlebih dahulu.

10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup untuknya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar untuknya selama mana dia masih taat kepada suaminya

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang lebih berhak terhadap seorang lelaki ?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W lagi, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui pintu syurga yang mana satu yang dia kehendaki.

14. Setiap seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali Allah S.W.T.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 orang lelaki yang jahat.

22. 1 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani suaminya dengan baik apabila suaminya pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang membenarkan suaminya keluar berjuang di jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, wanita itu juga akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga ananyak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala beribadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan membaca "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sehingga mencukupi tempoh(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan membawa khabar berita itu ke syurga dan syurga itu dikatakan adalah wajib baginya. Dan jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, InsyaAllah Allah akan memberikan padanya pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya akan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya ,beliau akan mendapat pahala seperti 80 tahun beribadah.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan terus kepada wanita yang menutupi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Oleh itu wahai para wanita muslimah yang dihormati dan disegani, bangkitlah dan niatkanlah setiap amalanmu adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa. Semoga anda akan turut menjadi salah seorang wanita pilihan yang diberikan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya diakhirat kelak. Amin.