Friday, February 25, 2011

Cinta

Cinta..
Apa yang dimaksudkan dengan cinta..
Cinta itu sebenarnya adalah satu perasaan yang sukar untuk kita luahkan kepada
orang lain kerana perasaan itu hanya kita seorang sahaja yang tahu.
Hanya diri kita seorang sahaja yang mengetahui apa yang diri kita rasai.

Samada perasaan itu sayang+kasih+sayang..
Hanya diri kita seorang sahaja yang mengetahui.
Kerana sesungguhnya cinta itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai.
Satu anugerah yang sukar untuk kita lepaskan kerana
Apabila Cinta itu datang.

Kita sebagai seorang manusia.
Sudah pasti kita tidak mahu melepaskannya.
Kerana Cinta itu satu anugerah yang tidak ternilai.
Cinta yang tulus+ikhlas itu adalah..

Datangnya..
Dari hati yang suci+ikhkas..
Dan cinta yang setulus-tulusnya adalah

Datangnya dari..
Mata turun ke Hati..
Cinta yang hakiki..
Adalah Cinta yang diredhai oleh ALLAH+IBUBAPA...

Cinta itu kadang-kadang akan melalaikan diri kita..
Dengan Cinta itu kadang-kadang kita
Akan terlupa bahawa sebenarnya diri kita ada lagi tugas yang perlu kita laksanakan.
Tugas Kita kepada ALLAH+IBUBAPA..

Cinta..
Cinta itu sebenarnya adalah indah
Apabila..
Kita sendiri tahu untuk menghargainya..
Cinta itu juga tidak tertumpu hanay kepada Cinta kepada kekasih..

Tetapi Cinta itu perlu juga kepada..
Cinta kepada ALLAH. RASUL .SESAMA UMAT ISLAM..

Wednesday, February 16, 2011

Semester baru.Case study :))huhu.

p/s:Time posting Kpj.kajang :))
Semester 3.
P/s:Time kat KPJIC/JB Branch
Semester 2 part 2 :))
P/s: Time semester 1 At KPJIC nilai.


Khamis.Jummat.Sabtu.Ahad.. Dan Isnin..
Alahai rupa2nya cuti tok sem kali nih da nak abis da pon.. :))
Sabtu da nak lek hostel da.. heheh :))
Hostel pulak bukan kat Mantin da.. Tapi dekat PNB.. :))huhu.
Dekat je ngan kolej.. Dan dekat jugak ngan umah aku.. hehe :))
So.Bole lah balik hari2 rumah.. hhahaa :))

Hurmm.. Nanti nek je kolej. Kami group38 da masok semester baru iaitu Semester4..
Da besar da kan kita.. huhu :)) Da jadi senior.. huhu..
39.40.41.42.43. Tuh sume dak2 group junior kami.. :)) hehe
terdapat 5 group junior di bawah kami.. huhu
Semester4 nih ada case study.. sama seperti semester2 dulu..

Tapi bila da semakin naik semester nih semakin byak benda nak kena ingat.
Dan sume lecturer akan expect yang kita tahu semua benda,,
Samada teori ataupon praktikal.. Lebih2 lagi apabila kita pergi posting ke Hospital :))
Sudah semestinya Semua staff nurse ataupon nurse instruct akan expect kita tahu semua.
Apabila kita semakin nek semester dan bertambah "Bip"
Beban kita akn bertambah-tambah..
Hurmm.. berat tuh beban bila setiap kali kita naik semester..
Apabila kita terbuat silap sikit je..
Mesti kita akan terus dipersalahkan.. itu semua adalah kerana kita Adalah senior..
Berat kot bebanan nih bila kita da jadi senior.. huhu :))
Dan banyak benda yg kita kena tahu.

Ermmm...
Kalo dulu time kita baru2 masok study n First time Posting..
Sume klo kita buat salah ke tersilap ke..
Mesti akak staff nurse akan berkata"Xpe dik.Ko kan xde bip.Xpe.Ko bole belajar dari senior ko"
Hurmm.. itu dulu.. hehehe :))
Sekarang jangan harap.. Sekarang if itu bukan kesalahan kita pon.Apabila staff nurse nampak
kita yang paling senior kat situ.. Da tentu kita yang akan kena mara.
Free2 je,,

K lah itu sahaja yang dapat aku ceritakan kat sini..
Assalamualaikum..
Sekian.. :))

Sunday, February 13, 2011


Time kat Metro Point Kajang Last day kat Kajang.

Time kat kajang macam2 benda berlaku.Ada sedih ada suka.
Macam2 benda kita leh buat kan time kat kajang. Betul x kawan2 :))
hehee..
Even kita ngah bosan pon kita still lg leh wat keje gle2.
Kita kongsi suka duka kita bersama2.Banyak sangat2 peristiwa kita lalui semasa kita
posting bersama2.Korang beri aku semangat ketika aku hampir tersungkur.
Hanya disebabkan perkara yang bodoh tuh.
Korang teman aku time aku menangis.
Korang bagi kata2 semangat kat aku.
Korang bantu aku untuk aku hilangkan tekanan aku.
Korang teman aku ketika aku ngah sedih.
Korang banyak bantu aku.
Thanks kawan2 :))
Sayang korang sangat2 :))
Kepada Ili ilyana : Aku nak minx maap sangat2 kerana time kita kat kajang
kita xberapa rapat kerana ada perkara2 yang buat ko salah faham.
Sorry sangat2 ili :((
mungkin betul apa yg ko ckp kat aku tuh. hurmm.. I"m sorry :((
Aku nak minx maap sangat2 kat ko if selama ini aku banyak wat ko sedih ke.
Sorry kawan..
Tapi aku taw ko adalah seorang kawan yang baik.
yang sanggup membantu kawan2 bila dalam kesusahan.Terutamanya aku.
Kawan2ku. If aku ada buat korang terasa hati ke.
Aku minx maap dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Sorry..
Kerana sesungguhnya kita sebagai manusia tidak akan lari daripada melakukan
kesalahan dan tidak akan ada yang sempurna
Melainkan yang Maha Esa..
:))
Pape pon aku sayang korang semua..
Love U all!!
(^^,)



Posted by Picasa

Time kat Metro Point Kajang: Acu@nisa

Seronok sangat2 kan kita dapat keluar sama2 time last day nisa kat kajang.Walaupon masa kita untuk bersama2 adalah terlalu singkat.
Sampai2 je kat Metro Point kajang tuh kan kita da plan awal2 lagi nak g men bowling.
Tapi sampi2 je kat situ.Tempat bowling lak penuh.So.kita pon xjadi men bowling.Acu cadangkan kita g Karoke.
So.kita pon g sana.Sampai2 je kat situ.Kita pon mek port masing2.
First acu yang nak nyanyi kan.hehe :))
Hurmm.kalo xsilap lagu first acu nyanyi lagu alasanmu.
Penyanyi orang lupa lah pulak hehehe :))
Tapi seronok sangat2 time.Sampai nisa terlupa kesedihan nisa.
huhu ;))
Miss U all!!
Pastuh lepas je abis kita g makan kat Pizza hut.
Kita terpaksa keluar dari metro sbb Pizza tuh kt luar.
Smapai je kat situ.Kita pilih etmpay yang paling belakang.
Kata syikin nnt senang nak amek gambar. hehehe ;))
Pastuh kita buat pesanan.Pizza nih canggih kan.
Xpayah nak Panggil2 pakai suara.
Kita press je button yang de kat ats meje kita tuh kan.
pastuh akan ada orang yang datang amek pesana kita.
hehehe :)) time tuh kita senyum je kan.
Pastuh Kita snap2 gambar..
Rindu kat korang sangat2 taw!
Rindu kat kajang! :)
Rindu time kita kuar sama2 g makan kat kedai bakso.
Time tuh kita happy je.
Bila lagi erk kita dapat berjumpa n satu posting lagi kan :)
Sayang korang!
:))
Posted by Picasa

Adakah ini kesudahan kesah kita:((

Muhammad Nuri Sulaiman Ahmas.
Kenapa ye Kau buat aku seperti ini?
Adalah kerana kau tidak lagi sayang akan diriku ini.
Ataupon kau sudah tidak lagi menyintai diriku ini lagi.
Kenapa ye kau sanggup buat cerita bohong ini?
Kenapa kau sanggup buat aku ngan family aku seperti ini.
Hari ini aku dapat tahu daripada mama aku yang time lepas aku bgtaw *kau*
telah *meninggal Dunia*

Nenek aku teros call mama.
Nenek menangis sangat2 time kol mama.
Mama kate nenek sedih sangat2.
Aku tadi sampai xterkata2.
Aku terkejut. Ya ALLAH!
Sampai begitu sekali Nenek aku.
Aku xsangka yang kau sanggup buat aku ngan family aku cam nih.
Apa Dosa kami kepada kau hah!!
Kenapa kau sanggup buat kami sampai cam nih sekali!
Tadi mama ngan babah tanya aku.
Aku sampai xterkata2.
Aku xtaw cam ne nak cerita kat mama ngan babah.
Babah suruh aku cerita dari mula.

Tapi aku diam je.
Disebabkan perkara yang Bodog nih mama ngan babah bergaduh+bertekak!!
Hanya disebabkan kau*Nuri*!!
Kenapa kau buat mama ngan babah hilang kepercayan kepada diri kau!!
Aku tahu mama ngan babah mesti da xpercaya kat kau lagi.
Babah marah sangat2.
Aku hanya mampu berdiam diri je bila mama ngan babah bertekak
hanya disebabkan kau!!

Dalam hati aku nih~~
Aku geram sanagt2 kat kau nuri.
Kau da buat family aku hilang kepercayaan terhadap kau.
Sampai hati kau sanggup buat nenek aku cam tuh.
Kau kan tahu yang nenek sekarang ngah sakit!!
Kenapa kau tak guna otak~~~

Belajar je pandai2 tapi Otak xnak guna~~
Aku xfaham lah ngan kau nie.
Apa motif kau buat ini semua.Apa yang kau dapat dengan buat cerita ini semua ha!!
Bila masalah ni da jadi cam nih sekrg kau hanya senyap je.
Kau xd pon nak datang jumpe aku ke.
nak selesaiakn masalah ini.
Mungkin kau seronok kan.
Bila buat ini semua.

Tetapi..
Tidak kah aku pikirkan perasaan orang lain.
Perasaan aku!!
Sanggup kau buat aku cam ni kan!!
Manusia apa kau nih??
Aku da penat ngan semua nie.

Kau telah hancurkan kepercayaan keluarga aku terhadap kau.
Sekarang mungkin kau tidak akan lagi ruang dalam keluarga aku.
Babah aku tengok sudah seperti hilang kepercayaan terhadap kau.
Apa yang kau nak ni sebenarnya.
Tolong lah.
Aku da penat sangat2 ngan semua lakonan kau nih.
Cuba kau muncul dan terangkan kepada aku kenapa kau buat semua ini.
Kau da timbulkan masalah yang paling besar.
Kau da buat hidup aku kucar-kacir.
Kau da hancurkan hati dan perasaan aku.
Kau da hilangkan kepercayaan aku terhadap kau.
Kenapa lah kau buat ini semua?
Kenapa mesti kau main-mainkan soal maut+kematian.
Kenapa mesti kau lakukan pembohongan ini semua.
Kau da buat keluarga aku sedih diatas penipuan kau ini.
Kau telah buat nenek yang aku sayang sangat2 itu sedih untuk penipuan kau itu.
Aku xtaw bagaimana hendak terangkan kepada nenek mengenai ini semua.
Aku xtaw apa yang perlu aku terangkan kepada mereka.
hurmm..

Ya ALLAH!bantulah Hambamu ini untuk terus tabah dengan ini semua.
Aku bermohon kepadamu Ya ALLAH!
Berilah aku kekuatan untuk menghadapi Dugaanmu ini.

Saturday, February 12, 2011

TAKDIR or ??

Hari nih genap semggu jika Apa yang aku post kan kat FB
tuh yang mengatakan bahawa nuriku telah meninggal dunia.
Tapi lain pula yang jadi.
Setelah berita yang amat mengejutkan itu aku terima.
Dan pada hari Selasa pg(8/2/2011)..
Sedang aku tido tiba2 fonku berbunyi..
Padahal sebenarnya baru beberapa minit je aku tido.
Kerana sepanjang malam aku tidak dapat tido n melelapkam mataku ini.
Gara-gara..??
Hurmm..
Dan pada pagi itu aku dapat panggilan dari seseorang..
Mula-mula aku tidak memperdulikan panggilan itu.
Tetapi kenapa tah hatiku ini cam suruh je aku angkat panggilan tuh.
Aku pon angkat..
"hello.. sape nih eh..?"
"Nih nisa ke?"
"Ye nih nisa.Spe nih eh? Nih nuri nih.."
"Hah?? Nuri??"
Time tuh betapa terkejutkan aku kerana
tiba-tiba Nuri yang ku sangka telah pergi itu..
Tiba-tiba kol aku.
Aku pon terus bangun turun kat ruang tamu.
Time tuh lak bateri fon aku da nak abis.
Aku teros cakap.
"Betul ke nih nuri.Bukan ke nuri da xde?"
"Betul nih nuri" "Awak nisa ke"
"Ye saya nisa"
Time tuh hanya ALLAH sahajalah yang taw bagaimana
perasaan aku.
Kerana selama tiga hari itu aku mengganggap bahawa nuri da xde.
Aku selama 2hari 2malam tidak dapat tido kerana Nuri..
Selama itu jugak lah aku asyik menangis saje.
Tiap-tiap hari aku menangis,Aku baca yassin+sedekahkan AL-Fatihah.
Tetapi rupa2nya nuri masih hidup lagi..
Aku xtaw cam ne Adik nuri leh antar info yang salah kepadaku.
Kenapa??
Mungkin Betul or tidak berita yang aku terima sebelom ini.
Sekarng aku xtaw mana yang betul.
Setiap kali kau fikirkan hal ini.
Aku nye fikiran mesti kusut+pening.
Sebab tuh lah bila ada orang tanya pasal si Nuri tuh.
Aku hanya cakap "xtaw lah weyh"
Aku da penat sangt2 ngan sume nih.
Aku xtaw apa sebenarnya yang da berlaku sekarang antara aku ngan Nuri.
If nuri bukan jodohku
Aku reda+terima.
Tetapi nape sume nih mesti jadi.
Kenapa..
Mungkin ini adalah takdir+dugaan.
Dugaan untuk aku.
Kerana stiap apa yang berlaku ada hkmahnya :))
Aku xtaw cam ne nak terangkan kepada kamu semua.
Wahai kawan-kawanku.
Aku tahu kamu semua risaukan aku.
Maapkan aku wahai kawan2ku.
Kerana aku membuat kamu semua risaw :))

Saturday, February 5, 2011

pertama kali kita berjumpa.









.

Nisa ingat lagi time kita mula2 kenal.
Time tuh kita baru je lepas Spm(2008)
Kita jumpa time kita keje Part Time kat KLIA.
Masa nisa da lama keje.
Lebih kurang 2mggu.Selepas tuh nuri lak masuk keje.
First kita jumpa time nuri datang punch card kat tempat nisa keje.
Time tuh nisa keje shift petang.Nisa lek kol 12tgah malam.Nuri?nisa rasa nuri keje kol 11pg smpai kol 9malam.
Hurmm.

Time tuh nuri keje kat level5(Ritazza cafe)
Nisa keje kat level3(Delifrance cafe)
Mula2 nuri datang kat tempat nisa.Nuri panggil nisa "Akak"
hehee.. Time nisa ye kan je..
Dan tiap2 hari nuri datang punch card kat tempat nisa sbb kat nisa tuh satu2 tempat
yang de punch card.Semua staft SAJI BUMI akan punch card kat situ.(Delifrance cafe).
Dan kita mula rapat sejak dari itu.Nuri time tuh banyak sangat mulut.
Padahal kita baru je kenal.

Time tuh ada akak yang satu keje ngan nisa kat tempat nisa tuh cakap nuri nih banyak sangat
mulut. Dan kak izan tuh sempat lagi mengusik nisa cakap yang nuri de hati kat nisa.
Nuri ingat lagi tak kat kak izan tuh?
Tapi nisa cakap xde lah kak. hehe :))
Time nisa senyum je. Nuri selalu sangat datang amek pastri kat tempat nisa.
Asyik2 muka nuri je yang amek.
Nuri ckap Nuri xde keje kat atas(Ritazza cafe)
Sbb tuh lah nuri selalu amek pastri tuh kat tempat nisa.
Dan yang paling nisa xbole lupa adalah bila tiap2 kali nuri datang kat tempat nisa
Nuri selalu naik Eskelator(btol x ejaan nih,klo xbetol harap maap ye) hehee =)
Nuri kata sbb nuri nak tengok nisa.Nak tengok nisa wat keje.

Ada satu hari tuh.Nuri tanya kat nisa. Pukul bape nisa rehat.
Nisa kata xtentu.Klo bz lmbat lah rehatnya.
Nuri kata nuri nak rehat ngan nisa.Nuri suruh nisa msg nuri bila da xbz.
Nuri ajak nisa g rehat sama2..
Nisa ingat first time kita kuar rehat sama2 kita g makan kat FOOD GARDEN
Kita ronda kat situ banyak kali.Nisa tanya nuri nak makan apa.
Nuri kata ikut nisa lah.Patuh kita amek keputusan nak makan roti canai telur.
Time kita ngah makan..
Tiba-tiba..
Salah satu dari sudu yang nisa pakai.

Tiba2 patah.
terpelanting lak tuh depan nuri.. huhuhu=)
Time tuh nuri gelak habis.
Nisa malu gle time tuh. :))
Pastuh nuri amekkan nisa sudu yang len. hehehe
Nisa akan kenang peristiwa itu smpai ble2..
Sebagai kenangan terindah kita+kelakar.
Dan ada satu hari tuh nisa datang kat tempat nuri.
Sebab nisa lama sangat tggu nuri kat bawah.
Nisa datang kat tempat nuri.

Time tuh nuri ngah wat laksa ke mee kari..
Ada akak yang kat tempat nuri tuh mengusik nisa.
Dia kata nak makan ngan buah hati ke=)
hehe.
time tuh malunya nisa.
Pastuh kita g makan lgi kat situ.Kali nih nuri da siapkan awal2 lagi sudu tok nisa.
Bukan satu.dua tapi tiga sekali.
Hehehe. =) Time tuh nisa senyum je+ketawa.
Nuri kelakar sangat time tuh. Nuri selalu buat nisa seronok je.
Start dari tuh.Kita da jadi rapat sgt2.Tiap kali klo kita nak rehat.Mesti kita
akan kuar sama2.Ada satu hari tuh masa kita g makan kat Malaysian Wok.
Nuri de tanya nisa pasal BF(ex now) nisa time tuh.Dan nuri mula cerita kat
Nisa tentang GF nuri. Time tuh nisa dengar je apa yang nuri nak cte.
Tak lama lepas tuh.Nuri bgtaw kat nisa yang nuri da putus ngan GF nuri tuh.
Nuri kata nuri sedih sgt.

Selang beberapa selepas tuh nisa da putus ngan ex nisa tuh.
So.kita senasib.
Dan sejak tuh.Kita bertambah lagi rapat.
Satu hari nuri de kata kat nisa yang nuri de something nak bgtaw kat nisa.
Tapi nuri kata takot.
Nisa suruh gak nuri cakap.
Dan nuri kata Nuri da lama ada perasaan kat nisa.
Dari first time nuri jumpa nisa kat tempat nisa keje tuh(Delifrance cafe).
Nisa time tuh xleh nak bg keputusan.
Sebb nisa xnak apa yang penah jadi kat nisa sebelum nie jadi lagi.
Nisa ckap biar kita kenal dulu sebagai seorang kawan.
Bila da kenal hati dan budi masing2 baru kita leh wat keputusan.
Nuri terima.
Dan sepanjang kita keje part time kat situ.Kita banyak habiskan masa bersama2.
Tiap kali kita keje shift sama kita akan pegi dan balik sama2.
Nisa rindu sangat2 time tuh.
=)

Sekarang..
kenapa ye.Setelah nisa terima nuri dalam hidup nisa.
Nuri da tak macam dulu.
Sekarang nuri suka sangat buat keputusan sendiri.
Tanpa berbincang ngan nisa.
Kenapa nuri?
Nisa sayang nuri taw. Nisa nak nuri yang mula2 nisa kenal dulu.
Nisa xnak nuri berubah.
Nisa taw kita xseperti pasangan bercinta yang lain.
Kan kita yang nak cam tuh kan.
Kita jarang keluar sama2.Dating.
Klo kita kuar pon mesti nisa akan ajak baby tok teman kita.
Rindu saat kita kuar sama2 time weeding kawan nuri tuh.
Nisa rindu saat2 kita jalan2 kat metro kajang hari tuh.
Nisa Rindu saat2 kita kuar ngan kawan2 nisa time kita g PORT DICKSON.
Nisa rindu saat2 nisa suapkan nuri dunkin donut.kat dalam kete time
Kita nak g Port Dickson hari tuh.
Time tuh abis mulut nuri penuh ngan cokelat donut tuh.
Tangan nisa pon penuh ngan cokelat sbb nisa xnak mulut nuri comot.
Time tuh mek ngan k.cha gelak kan je kita.
hehe =)
Apa=apa pon yang berlaku nuri tetap dalam hati nisa.
Nuri da jdi sebahagian dari hidup nisa.
Tanpa nuri hidup nisa akan menjadi kosong.
Hari2 nisa akan menjadi kelam.
Tanpa kehadiran nuri.
Nisa harap nuri cepat sembuh.
Insyaallah..



Sahabat.

Sahabat,
Aku sangat menghargai kalian,
Kerana kalian mengajarkan aku untuk merapati Pencipta,
Kerana kalian membantu di saat aku memerlukan seseorang,
Percaya lah sahabat,
Ukhwah kita tiada sedikitpun kepentingan-kepentingan peribadi,
Melainkan ia mendekatkan kita lebih pada Pencipta,
Agar sama-sama kita mengharungi derita bersama,
Berkorban bersama, sehingga berjaya bersama-sama,
Dalam tujuan untuk berjihad di jalanMU,

Tidak dinafikan wahai sahabat,
Allah menguji kita di tengah2 kegembiraan bersahabat,
Maka marilah kita muhasabah kembali,
Ia sebenarnya ujian tanda kita perlu sentiasa bersabar dan mengharapkan agar..
Allah menjadi penghubung utama kekuatan hati-hati kita.

Percaya lah sahabat-sahabatku,
Jika kita tidak mendahului Allah dalam persahabatan,
Mana mungkin mudahnya kita menjaga hati, bertoleransi dan memberi dan Menerima,
Kerana kutakuti,
Segala-galanya tiada nilai di sisiNYA,
Takut-takut pengorbanan seorang sahabat yang tidak bersaksikan Allah SWT,
Ibarat debu-debu yang berterbangan,usaha nya berganda,namun nilaiannya Tiada,

Akhir kata wahai sahabat,
Marilah muhasabah diri,koreksi setiap hari,bersihkan hati
Bahawa ukhwah yang terbina,
Berkekalan hingga ke syurga,
Dengan kehebatan ukhwah,mampu mdekatkan diri dengan Allah SWT,dengan Hebatnya
Ukhwah kita ,mampu memberi sinergistik effect yang membuka mata sahabat-Sahabat sekitarnya,
Dan seterusnya, ukhwah kita mampu memberi kekuatan untuk kita sama-sama Bekerjanya.
Bekerja di JALAN ALLAH.Dalam Dakwah dan Tarbiyah.


Uhibbukifillah sahabat-sahabatku,
Dengan sahabat-sahabat, aku belajar akan kehidupan,
Yang pastinya paling besar wahai sahabat,kerana....
KAU merupakan sebahagian rantaian-rantaian kebaikan
Yang membawa aku dekat dengan matlamat,
Matlamat bersama,
Yakni
SYURGA ALLAH SWT.

Cinta yang hakiki.

"Cinta kepada Allah dengan Ketaatan."

"Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia"

"Cinta kepada Jihad dengan perjuangan."

"Cinta kepada makhluk denagn mentaati Allah."

"Mencontohi Rasul dalam berperibadi dan Sentiasa"

"Hidup dengan perjuangan yang pastinya"

"Menagih Pengorbanan."


ketahuilah teman cinta yg plg agung adlh cinta kpd Allah...dan rasul...

namun naluri sbgai manusia pastinya inginkn cinta dr sesama manusia...

cinta kpd ibu bapa...saudara...shbt...dan teman...

percayalah seandainya kita ikhlas menyayangi seseorang...

kita pastinya akan menemui erti sebenar cinta sejati...

dan sy sgt bersyukur untuk tu...

terima kasih ya allah...

terima kasih cinta...

Muhammad.Nuri Sulaiman.Ahmas

Khairunnisa.Nasuha

Friday, February 4, 2011

Orang selalu kata Hati dan Perasaan tidak boleh dipermainkan.
Kerana..
Hati dan perasaan ini bukan mudah untuk jatuh cinta..
Bukan mudah untuk Hati dan Perasaan ini untuk memberikan Kasih
sayangnya kepada seseorang..
Apabila Hati dan Perasaan ini telah terpaut ataupon telah jatuh hati.Cinta.
dan Sayang kepada seseorang.
Hati dan Perasaan ini akan lebih sensitif.
Mungkin dengan hanya Kesalahan yang kecil
Yang telah dilakukan oleh si Dia..
Kita akan lebih cepat terasa..
Kerana...
Sesungguhnya Hati dan Perasaan ini sungguh lembut..
Hati Dan Perasaan ini memerlukan
Perhatian dan kasih sayang daripada si Dia..
Kerana sesungguhnya..
Bukan mudah untuk seseorang itu jatuh cinta..
Bukan mudah untuk seseorang itu melupakan Cinta pertamanya..
Kerana Cinta pertama itulah kita belajar untuk menyanyangi diri seseorang itu..
Kerana Cnta yang suci.Bersih.Mulia itu
Datangnya..
Dari Hati yang Ikhlas..
Tanpa ada paksaan..
Tanpa ada Rungutan..
Kerana...
Sesungguhnya...
Cinta itu adalah anugerah Tuhan yang paling bernilai..
Oleh itu kita janganlah mensia-siakannya..
Kerana..
Apabila cinta itu telah pergi..
Cinta itu tidak akan datang kembali...


Muhammad.Nuri sulaiman.Ahmas.
Khairunnisa.Nasuha
Apa yang berlaku ini adalah kerana Qada dan Qadarnya.
Yang telah ditetapkan Olehnya.
Kita sebagai Hambanya haruslah menerimanya dengan tabah.
Melalui dugaan ini jugalah kita akan belajar sesuatu.
Iaitu Belajar mengenai Sebuah Kehidupan.
Kehidupan diluar sana adalah tidak seperti yang kita sangkakan.
Tidak seperti dalam drama-drama televisyen.
Kehidupan diluar penuh duri dan ranjaunya.
Kita yang akan menentukan apa yang kita hendak.
Jika kita Tersilap langkah.
Kita yang akan menerima padah akibat perbuatan kita itu.
Oleh itu apabila kita berada di luar sana itu.
Kita harus bijak untuk memilih yang mana Baik dan Buruknya.
Kerana Kita setiap hamba or manusia ini akan melaluinya.
Kita akan melalui kehidupan sebagai seorang yang Dewasa
Tanpa..
Kehadiran Ibu ayah Kita..
Kita yang akan menentukan apa yang akan kita menjadi untuk masa depan.
Kita jugalah yang akan memilih jalan apa yang kita akan tuju..
Samada Buruk or Baik..
Dengan kehidupan ini..
Kita akan cuba untuk mencari siapa diri kita.
Kehidupan ini banyak memberi kita pengajaran.
Untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Insyaallah kita akan menjadi yang terbaik dari yang terbaik...


Muhammad.Nuri sulaiman.Ahmas.
Khairunnisa.Nasuha





cinta.


Cinta..
Betul ke Suci?
Cinta..
Betul ke Sejati?
Cinta..
Betul ke Indah?
Kekasih..
Betul ke Setia?
Kekasih..
Betul ke si Dia memahami Diri kita?
Sayang Seribu Kali Sayang..
Janji Sejuta Kali Janji..
Tetapi CINTA itu Perlukan Satu Hati untuk
Memahami,Kasih Sayang,Dan Memahami Perasaan Kita..
CINTA itu Suci,Bersih,Indah,Mulia,Dan Sejati..
Ia tidak akan datang Daripada Paras Rupa,
Tetapi..
Datang daripada Hati yang Suci..
Dan Ikhlas untuk Mencintai diri kita..
Kekasih... Andainya Kata si Dia setia.Jujur dan memahami
kita jangan sesekali kita hancurkan hati nya..
kerana..
Perbuatan kita itu akan di balas dengan lebih Dasyat..
Ingatlah Cinta itu adalah satu anugerah Tuhan yang
Paling bernilai..
Jangan sia-siakannya..

Nuri oh.Nuri.

Muhammad Nuri Sulaiman Ahmas Bin.Ahmad Tuah.

Nuri tetap dihati nisa walaupon sekarang nuri tidak mengingati siapa nisa ini.
Nisa taw ini suma adalah kesan daripada penyakit nuri itu.
Tak apa nisa sanggup tunggu nuri.Nisa tak kesah berapa lama pon masa yang akan diambil.
Nisa gembira apabila angah bagitaw kat nisa yang nuri da sedar.Kan malam tadi nuri ada kol
nisa.Tapi nuri xingat lagi kat nisa.nuri kata ini siapa.Time tuh nisa sedih sangat.
Tapi tak apa yang penting nuri da sedar.Kita berbual panjang.Pastuh nisa bukak lagu nasyid untuk nuri.Nuri kata nuri sedih.nuri nangis.Tapi nisa kata nuri janganlah nangis.
Time tuh nisa dengar suara nuri seperti menangis.Nuri kata "kenapa ye saya rasa sedih sangat bila dengar lagu nih?"Nuri suruh nisa tutup lagu tuh.Nuri marah kat nisa.
Tapi nisa tetap gak pasang lagu tuh.Pastuh nuri tanya lagi kat nisa"Kenapa ye ble saya dengar
suara awak.saya rasa tenang je."
Time tuh nisa rasa gembira sangat-sangat.
Pastuh.nisa tanya nuri betul ke nuri xingat siapa yang ngah bercakap nih.
Nuri kata xingat.Nisa senyap je.
Tak lama selepas itu.
tiba-tiba kredit nuri habis.
tapi xlama tuh nuri kol lagi nisa guna no.celcom nuri.
kita cakap lama sangat.
lebih kurang 12minit.
nisa gembira sangat-sangat.
Petang tadi.nisa msg nuri.
nisa tanya nuri okeyh ke.
Nuri kata nuri xkenal nisa.
nuri kata nuri ngah dalam keadaan serabut.
nuri keliru siapa diri nuri.
nuri kata semua orang panggil nuri adalah nuri.
tapi nuri xtaw.
Nisa kol nuri banyak kali.
satu pon nuri xnak angkat.
pastuh nuri sent msg.nuri kata nuri xnak dengar suara siapa-siapa.
nuri ngah serabut.
Tak apa.nisa faham.
Yang penting sekarang.nisa nak nuri nisa nih sihat.
Nisa nak nuri nisa yang dulu.
Nisa tak nak nuri sakit lagi.
Nuri kata nuri mimpi malam tadi.
Nuri mimpi ada seseorang datang usap pipi nuri.usap rambut nuri.
tapi nuri xnampak siapa orang itu.
Nuri kata time tuh keadaan samar-samar.
Nuri kata nuri perlukan seseorang time nih.
dia yang nuri perlukan time sekarang.
nuri kata dia seorang Nurse.
Sebenarnya kan nuri.
malam tadi pon nisa ada bermimpi seperti nuri.
Nisa mimpi nisa datang jumpa nuri.
nisa cuba untuk kejutkan nuri.
tapi nuri tak bangun2.
nisa usap pipi nuri.usap rambut nuri.
Nisa sayang nuri tau.
Nuri adalah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati nisa.
Nisa tak nak kehilangan Nuri.
Nisa nak Nuri cepat sembuh.sihat.

Nisa sentiasa mendoakan kesejahteraan nuri.keselamatan nuri.
Nisa nak nuri sihat.
Mudah-mudahan Allah mendengar isi hati nisa ini.
Insyaallah.


Muhammad Nuri Sulaiman Ahmas
Khairunnisa Nasuha

Tersirat dan tersurat.

Mungkin ini adalah yang telah tersirat n tersurat..??

Setelah kau berjaya menawan hati dan perasaan ini,,

Dan setelah apa yang telah kita lalaui selama ini..

Dan pada hri ini kau telah membuat satu keputusan yang boleh dikatakan paling BODOH

dalam hidup kau sebagai seorang Insan yang bernama LELAKI..

Kau telah membuat satu keputusan tanpa berfikir panjang n tidak memikirkan akibatnya dikemudian hari..

Apabila aku bertanya kepada diri kau,kau hanya berkata ini adlah untuk kebaikkan kita..

Tapi mungkin tanpa kau xsedar apa yang telah kau buat ini telah menyakitkan hati aku,

KAU telah menghancurkan HATI dan PERASAAN aku ini!!!

Kau hanya berkata ini semua adalah kerana kau "MENCINTAI AKU!!"

Tetapi adakah ini jalan penyelesaian nya???

Mnegapa kau tidak berfikir dahulu sebelum kau bertindak...??

Kau mengambil keputusan tanpa berbincang bersama aku...

Dan kau membuat keputusan Yang telah....

Aku xtahu mengapa kau sebegitu??

Membuat keputusan tanpa berbincang bersama kau..

Aku ingin mencari jalan penyelesaian nya..

Dan aku ingin berbincang BAIK-BAIK bersam dengan kau..

Tetapi kau tetap dengan keputusan kau..

Dan pada hari ini juga Kau telah meleraian satu ikatan dan perhubungan

yang telah terjalin diantara kita setelah kita begitu lama bersama..

Tanpa kerelaan diri aku sendiri...

Amat mudah untuk diri kau melupakan semua kenangan kita,

Amat mudah untuk diri kau melupakan apa yang telah kita lalui selama ini,

Amat mudah untuk diri kau melupakan bagaimana kau mula-mula cuba untuk mengambil hati

dan perasaan ini,

Amat mudah untuk diri kau lupa semuanya...

Setelah apa yang kau lakukan sebentar tadi,masih sanggup lagi kau cuba untuk menghubungi diri ini

Setelah kau menghancurkan HATI DAN PERASAAN ini...

Mengapa kau tidak berfikir dahulu sebelom membuat keputusan sebegitu???

KENAPA???

Ada pepatah mengatakan BAHAWA:

"Berjuanglah habis-habisan untuk merebut CINTAMU kerana PELUANG itu hanya

datang sekali seumur hidup,,

SEKALI CINTA itu pergi,,

Selama-lamanya IANYA tidak akan KEMBALI lagi"