Saturday, February 5, 2011

Sahabat.

Sahabat,
Aku sangat menghargai kalian,
Kerana kalian mengajarkan aku untuk merapati Pencipta,
Kerana kalian membantu di saat aku memerlukan seseorang,
Percaya lah sahabat,
Ukhwah kita tiada sedikitpun kepentingan-kepentingan peribadi,
Melainkan ia mendekatkan kita lebih pada Pencipta,
Agar sama-sama kita mengharungi derita bersama,
Berkorban bersama, sehingga berjaya bersama-sama,
Dalam tujuan untuk berjihad di jalanMU,

Tidak dinafikan wahai sahabat,
Allah menguji kita di tengah2 kegembiraan bersahabat,
Maka marilah kita muhasabah kembali,
Ia sebenarnya ujian tanda kita perlu sentiasa bersabar dan mengharapkan agar..
Allah menjadi penghubung utama kekuatan hati-hati kita.

Percaya lah sahabat-sahabatku,
Jika kita tidak mendahului Allah dalam persahabatan,
Mana mungkin mudahnya kita menjaga hati, bertoleransi dan memberi dan Menerima,
Kerana kutakuti,
Segala-galanya tiada nilai di sisiNYA,
Takut-takut pengorbanan seorang sahabat yang tidak bersaksikan Allah SWT,
Ibarat debu-debu yang berterbangan,usaha nya berganda,namun nilaiannya Tiada,

Akhir kata wahai sahabat,
Marilah muhasabah diri,koreksi setiap hari,bersihkan hati
Bahawa ukhwah yang terbina,
Berkekalan hingga ke syurga,
Dengan kehebatan ukhwah,mampu mdekatkan diri dengan Allah SWT,dengan Hebatnya
Ukhwah kita ,mampu memberi sinergistik effect yang membuka mata sahabat-Sahabat sekitarnya,
Dan seterusnya, ukhwah kita mampu memberi kekuatan untuk kita sama-sama Bekerjanya.
Bekerja di JALAN ALLAH.Dalam Dakwah dan Tarbiyah.


Uhibbukifillah sahabat-sahabatku,
Dengan sahabat-sahabat, aku belajar akan kehidupan,
Yang pastinya paling besar wahai sahabat,kerana....
KAU merupakan sebahagian rantaian-rantaian kebaikan
Yang membawa aku dekat dengan matlamat,
Matlamat bersama,
Yakni
SYURGA ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment