Saturday, March 26, 2011

BBQ for Group38 :))

Alhamdulillah malam tadi punya majlis Tok BBQ..
Untuk Group38..
Berjalan dengan lancar n Sukses :))
Tima kasih kepada semua Biro2 G38..
Yang bertungkus lumus dalam menjayakan BBQ nie :))
Majlis BBQ ni adalah yang pertama kali dilakukan untuk
Group38 :))
Sepanjang hampir 2tahun kami semua menjadi satu group untuk..
Program Diploma in Nursing ini..
Sebenarnya BBQ ini telah dirancang lebih kurang 3mggu yang lalu..
Tetapi..
Baru semalam kami Biro2 bertungkus lumus untuk menjayakan BBQ ini..
Walaupon dalam keadaan yang tidak mencukupi masa..
Kami biro2 Tetap cool je time petang semalam..
Start je balik dari kolej semalam lebih kurang kol 2petang..
Kami sume Biro2 sudah mula berkumpul kat umah warden..
Tetapi tidak semua sebab ada yang penat..
Tetapi lebih kurang kol 5petang..
Cukuplah kami sebagai Biro2 untuk group38..
Tepat je jam kol 5petang kami da mula berkumpul..
Kami memberi tugas masing2 berdasarkan Jawatan dalam Biro :))
Dan dalam masa itu juga kami berbincang untuk memeriahkan Majlis pada malam tadi..
Kami Biro2 telah dibahagikan kepada kumpulan2 kecil..
Untuk handle Games.. Makanan.. Dan Water war :))
Ini adalah antara tugas2 Biro2 kami G38 :))

Vice presiden:Shida-Handle majlis BBQ
Biro Hostel:Nisa Nasuha-Handle majlis BBQ
Biro IT:Miranisa-Sound system+lagu
Biro Tressure:Mia-Games:Muzikal chair
Biro Welfare:Maglina-Makanan+kebersihan
Setiausaha:Mina-Makanan
Biro Landskap:Farhana-Makanan+kebersihan
Dan last sekali tima kasih kepada sume yang terlibat dalam menjayakan majlis malam tadi..
Kepada Biro2 yang tidak Dicatatkan diats..
Saya Khairunnisa Nasuha minta maap sangat2 sebab saya terlupa kamu..
Semua Biro2 apa :)) hehe..
Tapi apa-apa pon saya ucapkan terima kasih kepada semua :))
Dan tidak lupa jugaj kepada warden PNB kita..
Kerana pada malam tadi warden kita Sporting gle2..
Dan tidak lupa juga kepada..

Raihana,Hazirah.dayah kecik.cinta.Vinci,Fiza,Hanim,Izzrinda,sue,Kak.Bai,Rara,
Tima kasih kat korang semua :))
Majlis kita nie xkan berjalan dengan lancar kalau tak ada korang semua yang membantu :))
Thanks korang :))
Ini pula adalah Aturcara Majlis BBQ kita malam tadi
8.30mlm:Berkumpul kat Car park
8.45mlm:Taklimat dari PN.Kama +Bacaan Doa dari En.Musa
9.00mlm:Jamuan makan (Nasi goreng cina)
9.30mlm:Persembahan first 4 rumah.
10.00mlm:Muzikal chair(Wakil 2orang untuk setiap rumah)
10.20:BBQ(makan ayam+sosej+kentang)
1o.40:Persembahan 4 rumah yang last
11.00mlm:Barang terpanjang(Games)
11.20mlm:Gula-gula dalam Tepung(Games)
11.30mlm:Water war(Last Games) :))
12.oomlm:Majlis selesai+++

:)) tima kasih kepada semua yang terlibat malam tadi..
Yang paling best malam tadi adalah korang semua sporting habis :))
Time games Barang2 terpanjang adalah yang paling best..
Korang memang gle2+Sporting..
Ada group rumah yang sampai amek moto pk.guard untuk brg2 terpanjang :))
Pastuh ada yang amek penyapu+selipar+selendang+hp+..
Yang paling xtahan..
Ada gak group rumah yang guna diri sendiri untuk memanjang barang2 terpanjang..
Sampai kat luar pagar korang bersambung..
hehee :))
Malam tadi kita semua gelak sampai perut sakit gle2..
Disebabkan Games ni :)) hehe..
Best sangat2..
Selepas itu kita teruskan pula dengan games..
Gula-gula dalam tepung..
Games ni pon best sangat2..
Time games ni abis korang kena tepung..
Yang in-charge Games ni yang buat kat korang :))huhu
But games nie fun sangat2..
Last sekali adalah games..
Water War :))
Games nie paling best :))
Biro-biro38 lawan Group38 :))
Yang nie memang gle2 kami semua biro2 kena ngan korang g38..
Sebenarnya sape tah yang polis..
Dan siapa yang sebenarnya perompak :)) hehe
Ada ke patot kami yang polis ini yang kena kejar ngan perompak :))hee..
Habis semua blok hostel kami redah..
Untuk mencari dorang..
Last-last kami yang kena banyak kena serang..
Abis basah kuyup kami semua.. :))
Tapi apa yang kami main games malam tadi..
Semua kami Fun +gembira :))
Kawan-kawan..
nnt kita buat lagi ye..
Dan kali ini insyaallah kita akan bermain dengan Junior pula :))
:))
Thanks to warden.Pn.kama sebab mengadakan BBQ ini untuk kami..
Group38 :))

Friday, March 25, 2011

My bufday 2otahun :))



P/s: Kakak time umO setahun :))


23/03/2011..
Kini genap lah umurku yang ke2otahun..
Rasa seperti baru je semalam aku dilahirkan..
Rasa seperti dalam mimpi yang aku kini da masok umur 2otahun..
Ermm..
Disini aku nak cerita n kongsi cerita apa yg berlaku kat aku..
Pada malam 23/3/2011 :))
huhu,,
Ermm :))
Tepat je kol 12malam..
Banyak msg wish happy bufday kat aku :))
Sambil tuh Nuri lak kol aku..
Nuri kol aku wish kat aku..
Sambil tuh Nuri nyanyi song happy bufday kat aku :))
Time tuh aku rasa seronok sangat2..
:)) Tima kasih nuri sebab untuk tahun ini nuri wish kat nisa..
Nuri wish kat tarikh tu
23/3/2011 :))
Sambil ngah aku berbual2 ngan nuri..
Datang le kawan2 aku nih haa..
Mia.. Intan..Diana.. Elyn..Miranisa :))
Kata kek yang aku telak kat atas meje tuh terjatuh..
Kek tuh terjatuh time miranisa nk iron baju :)) hehe
Time tu aku ngah seronok berbual2 ngan nuri..
Aku xendah pon.. hehe :))
Pas aku da abis berbual2 ngan nuri..
Aku pon kuar bilik.. nk tgok mana kek yang terjatuh tuh..
Intan kata kat dapur..
Aku pon time tuh xterpikir yang dorang nk kenakan aku malam tuh..
Pon g kat dapur..
Tiba-tiba time aku nk tgok kek tuh..
Tah sape tah yang tolak aku dari belakang..
Tolak ngan tarik aku kat tempat basuh baju or tempat ampaian..
Time tuh dapur gelap je..
Padahal aku dari mula lagi da tahu yang dorang nk kenakan aku..
Tapi tah time tuh aku xterpikir lak yang dorang betul2 tggu aku kat dapur yang gelap tuh..
Sebabnya aku ingat dorang da xnak wat surprise tok aku da..
Sebab aku wat bodo je time dorang kata kek aku tu terjatuh..
Yang xtahan tuh..
Mia malam tuh pandai sangat2 berlakon.. huhu :))
hahaa..
Last-last aku yang terkena..
huhu.. :))
Time aku g kat dapur tuh..
Pas aku da kena tolak kat tempat tuh..
Tiba-tiba dari arah kiri ngan kanan..
Tiba-tiba kepala aku kena tepung..
Pastu ngan air lak tuh..
Abis basah kuyup aku time tuh :))
Da le time tuh aku ngan pakai suater itam..
Memang best..
Basah kuyup aku ngan kain batik aku pon kena gak..
Time aku kena ngan tepung ngan air tuh..
Yang paling xtahan..
Pas aku da kena air ngn tepung tuh..
Time ngah kelam kabut tuh..
Aku ngan basah kuyup ni..
Nampak de air sabun depan aku kat dalam baldi..
Yang sebenarnya air tuh tok aku..
Tapi dorang xsempat nk simbah kat aku..
Sebab aku da terlebih dahulu simbah air tuh kat dorang..
Tapi dorang(Mia..Elyn ngan Mia)sempat lagi..
Tinggal le k.Cha..
K.Cha yang kena ngan air tuh..
hhuhuh..
Sbbnya k.Cha kat depan aku..
Time tuh abis basah kuyup aku..
Basah lenjun aku dibuatnya..
Time tuh aku menggingil kesejukan..
Aku pon apa lagi g kutip tepung yang de kat lantai..
Letak kat tangan..
Nak bagi kat dorang yang xkena apa2 tuh :))
Tapi Mia..Elyn.. ngan Si Miranisa tuh lak..
Terus lari masuk dalam bilik..
Lama lak tuh dalam bilik..
Penat aku tggu.. :))
Pastu
Tak lama tuh..
Dorang pon bukak pintu bilik..
hehe..
Time tuh apa lagi aku pon calit lak tepung tuh kat dorang..
Miranisa aku calitkan ngan tepung kat muka dia..
Mia lak hehee..
Xbagi dia aku cuit ngan tepung.. hahaa
K.Cha.. hahhaa :))
K.Cha lari masuk bilik aku..
Sampai terduduk2 dia kat lantai..
Pastu aku apa lagi sapu le tepung2 nih kat muka ngan badan K.Cha :))
Malam tu memang huru-hara rumah dibuatnya..
Ngan lantai basah..
Ngan kek bersepah-sepah dibuatnya..
Pastu kami gak le yang kena mop ngan sapu lek sume tuh..
Malam tuh aku rasa seronok sangat2 :))
Thanks kawan2 :))
Apa yang berlaku masa malam tuh adalah yang First time yang terjadi kat diri aku :))
And it's So fun my Friends :))
Thanks A Lots :))
This All sweet Memories For me :))
Korang memang kawan2 yang gle2..
huhu :))
Especially ko Mia :)) hehe..
Pandai ko berlakon malam tuh :))
Intan.. Diana.. Mek.. K.cha..
Mia..Elyn.. Miranisa :))
Tima kasih korang tok malam..
23/3/2011 :))




Tuesday, March 22, 2011

23/03/2011

P/S:kakak time berusia 44hari :))
P/S:mama tersayang :))

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku menjengah ke umur 2otahun..
Esok genap lah umurku yang ke20tahun..
Tahun ini aku dapat merasakan kelainan..
Mungkin kerana tahun ini aku akan menyambut ulang tahun kelahiranku..
Yang ke 20tahun..
So.. Esok 23/3/2011..
Genaplah umurku yang ke20tahun..
Terima kasih kepada mama..
Kerana melahirkan aku kemuka bumi ini..
Terima kasih mama kerana melahirkan kakak..
Tahun ini genaplah umur kakak yang ke2otahun..
Tima kasih segala-galanya mama :))
Kakak sayang mama sangat2 :))

Sunday, March 20, 2011

KERANACINTADANKASIHSAYANG

"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)


Keutamaan Cinta Kerana Allah Swt.

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟
Maka Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka." Rasulullah SAW bersabda, "Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih."


حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?" Rasul SAW bersabda, "Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Saturday, March 19, 2011


Kehidupan ini umpama sebuah drama..
Kita dimuka bumi ini adalah ibarat seorang pelakon..
Bumi ini adalah pentas..
Kita sebagai seorang pelakon yang akan mencorakkan kehidupan..
Samada corak yang kita akan corakkan itu..
Baik ataupon buruk.
Kebaikkan ataupon kejahatan..
Kita yang akan menentukan arah tujuan kita..
Jika betul corak yang kita corakkan itu..
maka insyaallah kita akan menjadi seorang manusia yang berguna..
Dapat berbakti kepada masyarakat dan negara..
Setiap manusia dimuka bumi ini sudah semestinya menginginkan..
Suatu kehidupan yang sempurna..
Tetapi..
Jika kita tidak pandai untuk mencorakkan kehidupan kita ini..
Kita akan kalah untuk menghadapi kehidupan ini..
Kerana..
Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan ranjaunya..
Kehidupan ini banyak sandiwaranya..
Hanya diri kita sahaja yang mampu hadapinya..
Hanya diri kita sahaja yang dapat menentukan apa yang kita hendakkan dalam kehidupan ini..
Kerana..
Sesungguhnya Kehidupan ini penuh dengan dugaannya..
Dugaan yang mungkin kita sendiri tidak tahu..
Kadang-kadang apa yang kita hendak tidak akan dapat..
Dan apa yang kita tidak hendakkan..
Itulah yang terjadi..
Kerana sesungguhnya..
Itulah yang dinamakan sebagai..
Suatu kehidupan..



Kadang-kadang Kehidupan kita terlalu sibuk..
Tidak ada masa untuk bertanya khabar..
Apatah lagi untuk menelifon-nya..
Tetapi..
Tidak semestinya awak Dilupakan..
Kerana..
Awak yang saya kenali dahulu..
Tetap Wujud didalam hati saya..



Temani diriku apabila aku perlukanmu..
Peluklah aku sebagai tanda sayangmu terhadapku..
Hukumlah aku apabila aku telah melukakan hatimu..
Tetapi..
Satu sahaja pintaku..
Janganlah padamkan Kasih sayangmu..
Buatku..
Kerana aku tidak mampu Kehilanganmu sayang..



Disaat ku kesepian..
Ku sering kali terbayangkan wajahmu..
Wajah yang sering membuatku tersenyum..
Dan Ketawa..
Tetapi..
Sejak kau berlalu pergi meninggalkan diriku keseorangan..
Aku kesepian..
Tidurku tidak lena..
Dan aku terus mencari dikau didalam mimpiku..
Dan ku terus mencari..


Hargailah seseorang yang menyanyangi diri kita..
Janganlah kau sesekali melukakan hatinya..
Selagi Dia bersama kita..
Kerana apa yang kita lalui bersama diri si Dia..
Adalah amat bernilai dan berharga..
Setiap saat kita bersama Si Dia amat berharga..
Kerana sesungguhnya apa yang kita lalui bersama Si dia
Pada hari ini..
Tidak semestinya Kita akan dapat lalui lagi untuk hari esoknya..
Kerana sesungguhnya hari esok belum tentu Kau dapat melihat wajahnya..
Atau Mendengar lagi suaranya..

p/s:Ana shuhada Alias.
Masa mula-mula aku posting tok sem3 dan ss3 kat kajang.
Masa tu kat hostel kajang da de group len da.
Bukan dari group nursing.
Tapi dari group Physiotherapy,Farmasi..
Masa aku datang tu bilik semuanya da penuh.
Jadi aku pon lek kat tingkat atas.
Kat atas still de lagi bilik kosong.
Aku dok satu bilik ngan kak Aida.
Selepas 2mggu aku posting kat kajang.
Group41 pon masok.
Masa dorang masok mula2 semuanya senyap je
Pemalu le katakan.
Dalam banyak2 tu de seorang budak ni.
Bising sangat2 mulutnya.
Bercakap xhenti2..Kalau dari tingkat atas tu.
klo ngah tgok tb bole dgr suara dia.
Nama Budak tu adalah Ana Shuhada Alias :))
Mula2 tanggapan aku terhadap budak ni.
Dalam pikiran aku ni.
Ish budak ni bising je. hehe :))
hahaa..
Tak lama lepas tuh.
Aku dapat lak keje satu ward dengan budak ni.
Alamak.. hahha :))
Tapi bila da lama2 kenal+keje dengan budak ni.
Baru aku tahu rupa2nya budak ni kelakar gak orangnya.
Sepanjang aku keje dengan dia.
Asyik gelak je.
Time wat bed gelak.
Time wat observation gelak.
Time nk bawak air tok patient gelak.
Time nk g mana2 pon asyik nk gelak je kejenya.. ish3x..
Keje ngan budak ni asyik gelak je lar.. senang cite..
Selalu sangat aku ngan budak ni g ne2 sama2.
G mek result sama2.. g Mek ubat kat farmasi sama2..
Seb bek g toilet xsma2.. hahhaa
Senang cte kemana aku nk g si budak ni nk ikot le..
Lagi satu yang budak ni suka adalah..
Bila g kedai bakso je..
Mesti nak pesan..
"Mk.cik nk bakso satu.Kuah lebih"
Pesanan pon smpai..
orang nye pesanan satu mangkuk je
tapi untuk Si Budak ni 2mangkuk.
Ish3x :))
Pastu tiap kali g kedai bakso je..
Mesti nk makan bakso je +extra kuah..
Suka sangat makan bakso..
Lama-lama muka pon leh jadi bakso..
hehhee :))
Gambar yang kat atas tu lak,,
Aku mek kat Acu..
Gambar masa dorang wat gotong-royong bersihkan kawasan hospital.
Sedap minum air..
Samapi xnmpak da orang yang kat sekeliling..
Klo bole ngan cawan2 tu sekali dia nk minum..
Seb bek le cawan tuh keras..
hehehe
:)) pape pon untuk pengakhir cerita ini..
Akak sayang korang semua.
Ana Shuhada Alias :))
Akak suka keje ngan ko time kat kajang..

Janganterlalumencarikesempurnaan

Buat pedoman dan renungan kepada kita semua.

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.. Akhirnya ia dibuang.. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL.

menghitunghariuntuksamapike23/3

Menghitung hari untuk ketanggal 23/3..
tinggal beberapa hari sahaja..
23/3 itu genaplah umurku yang ke20tahun..
Tahun ini aku dapat menyambutnya dikolej.
Dan dekat pula dengan rumahku..
Untuk tahun sebelum-belumnya..
Apabila tibanya tanggal 23/3 ini..
Mesti aku akan berada di tempat posting..
Tetapi untuk kali ini..
Aku dapat menyambutnya dikolej dan dirumah..
Tapi.. Nnt bila tibanya tanggal 23/3..
Nuri xde..
Selama 3tahun perkenalan kami..
Aku xpenah dapat menyambutnya bersama nuri..
Kerana..
Nuri xpenah pon ingat 23/3 ini..
Bila tibanya 23/3 ini aku akan senyap je..
Dan kalo nuri msg aku msg cam bese je..
Aku tertggu2 bila lah agaknya nuri nk wish Happy Bufday kat aku..
Dan selang beberapa hari selepas itu.
Aku segaja je tnya 23/3 tu kan ada apa ye..?
Ada satu ketika..Nuri kata xpasti le..
Selepas itu.aku tnya 23/3 itu hari apa ye..
Selepas puas nuri teka dan teka..
Akhirnya..
Aku bagitaw yang 23/3 itu adalah hari lahir ku..
Tapi untuk kali ini..
2bulan lepas aku ada tanya nuri 23/3 itu ada apa ye sayang..?
Nuri dengan pantas menjawab..
Itu kan bufday sayang :))
Time tu hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa seronoknya hati dan perasaan aku ini..
Ini adalah kali pertama Nuri ingat ada apa dengan 23/3 itu..
Ketika saat itu aku seronok sangat2..
Dalam hati aku berkata..
Alhamdulillah untuk tahun ini..
Ulang tahun kelahiran aku yang ke20tahun..
Aku dapat sambut bersama nuri dan keluarga aku..
Ketika itu aku seronok tidak terhingga..
Tetapi..
mungkin untuk kali ini aku tidak dapat lagi menyambutnya bersamanya..
Kerana Nuri xberada di sini..
Aku rindu sangat2 kat
Muhammad Nuri Sulaiman Ahmas.

Friday, March 18, 2011

Ketika Diri ini sedang menulis kesah ini..
Hatiku tiba-tiba tersentap dek kerana..
Tiba-tiba bayangan nuri muncul dalam pemikiranku..
Dalam masa seminggu ini..
Sedang aku berehat..Sering kali bayangan nuri muncul di fikiranku..
Mungkin dek kerana aku terlali merindui dia agaknya..
Selalunya apabila kau teringat ataupon rindu kat nuri..
Aku akan bkk laptop..
Aku akan tgok video yang aku buat untuk nuri..
Tetapi..
Laptopku berada dirumah..
Kadang-kadang bila kau terasa rindu kat nuri..
Aku akan buat-buat sebuk ngan benda len.
tetapi..
Sejak akhir2 ni..
Setiap kali aku rindu kat nuri..
Mesti aku akan termenung..
Dengar lagu ke..
Pastu aku akan tgok semua gambar2 aku bersama nuri...
kat fon..
Aku rindu sangat2 kat nuri..
Tapi apakan dayaku..
Aku xterdaya untuk meluahkan semua ini.
Setiap kali aku merindui nuri..
aku akan senyapkan diri..
Pakai ear fone dengar lagu..
Sambil dengar lagu..
aku bukak satu2 gmbar nuri kat fone..
Ya ALLAH, Rindunya aku kat insan yang bernama..
Muhammad nuri Sulaiman Ahmas..
Aku rindu saat-saat aku bersama nuri..
Walaupon aku ngan nuri jarang keluar bersama2..
Kami keluar bersama2 bole dibilang dengan jari tangan..
Kerana dalam tempoh 3tahun perkenalan kami..
Kami jarang sekali keluar berdua..
Apabila kami hendak keluar bersama2..
Mesti kami akn membawa adikku..
Yang bernama Baby..
Baby lah yang selalu menemani kami disaat kami keluar..
Aku rindu saat-saat itu..

Khas buat sahabatku..

Mungkin amat mudah bagi sesiapa yang tidak merasai n lalui sendiri
Dugaan ini.Mungkin bagi diri mereka.
Amat mudah untuk berkata-kata.Mereka hanya dapat
memberi kita kata2 semangat2 Tetapi kita,Diri kita ini yang lalui semua ini
Diri kita yang rasa sakitnya.Diri kita jugalah yang merana disebabkan oleh Si Dia.
Tetapi Kamu mesti ingat wahai sahabatku..
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Setiap apa yang berlaku adalah kehendak-NYA..
ALLAH amat mengetahui apa yag kita rasai.Lalui..
ALLAH juga tahu sejauh mana kita dapat lalui semua ini.
Dugaan ini..
Melalui Dugaan ini kita dapat mencari kekuatan Diri kita.
Siapa Diri kita.Sejauh mana kita dapat menghadapi semua ini.
Setiap apa yang berlaku ke atas diri kamu..
Wahai Sahabatku..
Adalah Kehendak-NYA..
DIA Maha Pencipta..
DIA Maha mengetahui.
Setiap apa yang berlaku keatas diri kamu..
Adalah Kehendak-NYA..
Janganlah kamu menyalahkan Takdir..
Dugaan yang melanda diri kamu adalah Untuk mematangkan
Diri kamu..
Semakin banyak dugaan.Dan Rintangan yang datang melanda diri kamu..
Semakin kuat untuk diri kamu melalui semua ini.
Semakin Dekat juga diri kamu kepada
Maha Pencipta..
Mohon lah kepada-NYA..
Kerana hanya kepada-NYA lah..
Kita akan dapat merasai ketenangan..
InsyALLAH segala kekusutan yang melanda diri kamu
Akan berkurang..
Dekatkan Diri kamu kepada-NYA..

Kerana Dengan bermohon kepada-NYA..
InsyALLAH kita akan mendapat sumber kekuatan yang kita cari
selama ini..
Semakin kamu diuji dengan dugaan..
Semakin dekat Diri kamu kepada-NYA..
Apa yang kamu lalui sekarang adalah..
Kerana ALLAH sangat menyanyangimu..
Ingatlah wahai sahabatku..
ALLAH tidak akan mendatangkan dugaan kepada diri kita..
JIka diri kita tidak mampu menghadapinya..
ALLAH sangat ADIL dan SAKSAMA..
Setiap apa yang kita lalui ..
Adalah mengikut kemampuan diri kita untuk menghadapinya..
Ingatlah wahai Sahabatku..
Setiap dugaan yang melanda diri kamu..
Adalah kerana ALLAH sangat menyanyangi diri kamu..